Wanita Ini Cipta Alat Untuk Garu Gatal Ekzema Tanpa Melukakan Kulit

Beauty
3 Dec 2022 • 10:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penghidap ekzema pasti pernah berhadapan dengan situasi kulit yang terlalu gatal, namun tidak boleh digaru kerana khuatir akan mengakibatkan luka dan keadaan kulit makin teruk.

Berita baik buat anda, seorang wanita berusia 23 tahun, Koh Bei Ning, berjaya mencipta sebuah alat yang boleh membantu seseorang untuk menggaru gatal ekzema tanpa meninggalkan kesan luka.

image is not available

Alat untuk garu kulit

Ciptaan Koh yang diberi nama Rollerball Itch Relief itu adalah sebuah alat sebesar tapak tangan. Alat ini mampu melegakan rasa gatal pada kulit tanpa perlu meninggalkan apa-apa kesan tidak elok pada kulit.

Koh telah mendapatkan bantuan pakar dermatologi untuk ciptaan ini, dan dia mendapati bahawa tidak kira betapa lembutnya tekstur yang digunakan untuk menggaru kulit, ia pasti akan menyebabkan kerosakan kepada kulit penghidap ekzema.

image is not available

image is not available

Alat ini diperbuat daripada bahan keluli tahan karat. Cara untuk menggunakannya adalah dengan menggulingkan alat ini pada kulit yang gatal. Uniknya tentang alat ini, ia tidak menggaru kulit anda sebaliknya digulingkan untuk melegakan rasa gatal.

Difahamkan, Koh turut mencuba alat ini kepada beberapa penghidap ekzema untuk memastikan ia berfungsi dengan sempura. Dia turut berkolaborasi dengan pakar kulit untuk menghasilkan alat ini.

Terima anugerah

Untuk rekod, ciptaan Koh berjaya disenarai pendek untuk Anugerah James Dyson. Ciptaannya turut meraih naib juara dalam satu pertandingan di Singapura. Malah, Koh turut disenarai pendek dalam anugerah International Top 20.

Kredit: CNA

image is not available

Sumber: CNA Sumber: CNA Sumber: CNA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.