Ubah persepsi gajah perosak tanaman: Jafry

13 Aug 2022 • 12:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TELUPID: Orang ramai perlu mengubah persepsi bahawa gajah merupakan haiwan perosak tanaman di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) Sabah, Datuk Jafry Arifin, berkata tanggapan itu harus diperbetulkan kerana persepsi negatif itu boleh mengakibatkan haiwan ini tidak disukai dan dizalimi.

Jelasnya, gajah juga merupakan haiwan yang hanya menyerang apabila diganggu ataupun diancam.