Ubah suai rumah: SPRM tidak terima aduan salah guna kuasa PBT

Politics
14 Jun 2022 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Bagaimanapun Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menasihati PBT agar mengambil tindakan yang telus.

"Saya tahu ramai buat aduan berkenaan pembinaan tambahan yang tidak dibenarkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Media SPRM di sini pada Selasa.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya ada menyiasat kes sama yang didapati mempunyai unsur rasuah.

"Yang terkini, tiada laporan. Mungkin kena semak dengan negeri-negeri juga," katanya

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa buah rumah kos rendah yang membuat penyambungan tidak dibenarkan seperti pangsapuri.

Ia mengundang kritikan pelbagai pihak terutamanya terhadap PBT yang dikatakan tidak tegas menangani isu tersebut.