Ubai Nafi Bakal Berkahwin Dengan Shila Tak Lama Lagi – “Itu Hanya Gurauan, Janganlah Ambil Seruis”

Entertainment
10 Mar 2023 • 4:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, perbualan antara pasangan kekasih Shila Amzah dan Ubai MZ menerusi sesi live di Instagram telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, Shila dan Ubai seolah-olah memberi hint akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, mereka turut berbual mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka seperti dulang hantaran dan kompang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Bagaimanapun, Ubai atau nama penuhnya Ubaidillah menafikan dakwaan bahawa mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, kenyataan yang tular di media sosial itu hanyalah gurauan yang dilakukan semasa melakukan sesi live.

Sebenarnya saya hanya bergurau saja dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius tentang perkara tu.

Menurut Ubai, dia ada memaklumkan ketika sesi siaran langsung tersebut bahada dia hanya berseloroh semata-mata.

Saya gurau macam tu sebab ramai yang tanya bila nak kahwin. Jadi, kami pun jawab ‘tak Sabtu, Ahad’ sambil ketawa.

Itu je, tak ada apa-apa yang serius pun sebenarnya. Kalau kami nak mendirikan rumah tangga, kami sendiri akan umumkan.

Dalam pada itu, pempengaruh media sosial itu mengakui agak kurang selesa apabila sering menjadi perhatian netizen.

Sedangkan ramai yang tahu, saya sebenarnya seorang yang suka bergurau. Jadi janganlah ambil serius.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"7 Dulang Hantaran" - Shila & Ubai Bagi 'Hint' Nak Kahwin Tak Lama Lagi?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved