
Delivery Hero, syarikat sebalik perkhidmatan penghantaran makanan FoodPanda kini mengesahkan mereka telah menerima tawaran daripada Uber untuk mengambil-alih syarikat tersebut. Uber menawar untuk mengambil-alih Delivery Hero pada nilai mencapai €10 bilion.
Untuk makluman, Uber sedia mempunyai pegangan sebanyak 19.5% pada syarikat Delivery Hero, dan merupakan antara pemegang saham terbesar pada syarikat berkenaan.
Buat masa ini, pihak Delivery Hero tidak menyatakan sama ada akan menerima tawaran berkenaan atau menolaknya. Sekiranya menerimanya, ia secara tidak langsung akan memberikan akses kepada sejumlah perkhidmatan penghantaran makanan rentas pelbagai negara kepada Uber, termasuk FoodPanda di Malaysia.





