Kakitangan Samsung Semiconductor Bakal Terima Purata Bonus RM 1.3 Juta Seorang

WorldBusiness & Finance
23 May 2026 • 12:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kakitangan Samsung Semiconductor Bakal Terima Purata Bonus RM 1.3 Juta Seorang

Kesatuan sekerja Samsung mengancam mengadakan mogok 18 hari pada Khamis lalu sekiranya tuntunan gagal dipenuhi oleh syarikat. Mogok ini telah dibatalkan pada saat akhir selepas Samsung bersetuju memenuhi beberapa permintaan. Media Korea Selatan melaporkan Samsung bersetuju membayar KRW 40 trilion (~RM 105 bilion) dalam bentuk bonus kepada pekerja divisyen semikonduktor. Daripada jumlah ini 40% akan diberikan kepada pekerja perniagaan semikonduktor dengan baki selebihnya untuk perniagaan lain di Samsung,

Samsung Logo

Samsung mempunyai sekitar 28,000 kakitangan dalam divisyen semikonduktor dan ini bermakna secara purata mereka akan menerima bonus KRW 513 juta (~RM 1.3 juta) seorang. Bonus terdiri daripada 10.5% keuntungan tahunan dalam bentuk saham. dan 1.5% lagi dalam bentuk tunai. Bonus ini akan diteruskan selama 10 tahun sekiranya syarikat mencapai sasaran yang ditetapkan. Pekerja boleh menjual 1/3 saham yang diterima ini serta‑merta dengan selebihnya secara berperingkat dalam dua tahun berikutnya. Ahli kesatuan sekerja telah membuang undi semalam sama ada ingin bersetuju atau menolak tawaran syarikat.

Dipacu oleh permintaan tinggi cip memori oleh sektor kecerdasan buatan, Samsung mencatatkan peningkatan keuntungan lebih 750% dan nilai pasarannya pula mencecah $1.2 trilion dua minggu lalu. Samsung mungkin menanggung kerugian 30 trillion won (~RM 80 bilion) sekiranya mogok 18 hari diteruskan.

Kesatuan sekerja Samsung menganjurkan mogok sebagai tanda protes bonus yang diterima mereka adalah tiga kali ganda lebih rendah berbanding kakitangan SK Hynix yang turut merupakan antara pengeluar RAM terbesar di dunia.