Kepada semua petani, penternak dan nelayan, saya mohon maaf

24 Feb 2020 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KEPADA semua petani, penternak dan nelayan yang sangat saya kasihi, saya ingin memohon maaf kerana saya telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib anda semua.

Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti.

Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan.

Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua.

Saya mendoakan masa depan yang lebih baik untuk anda semua dan saya akan terus memperjuangkan nasib anda walaupun tidak lagi bersama kerajaan.

*Salahuddin Ayub ialah Timbalan Presiden Parti Amanah Negara


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved