UBTech Lancarkan Robot Humanoid UWORLD U1 Yang Kelihatan Realistik

TechnologyDigital
2 Jul 2026 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam filem Aliens, The Creator, Blade Runner dan The Matrix, manusia di masa hadapan berjaya menghasilkan robot humanoid yang kelihatan realistik seperti manusia sebenar. Fiksyen kini maju selangkah untuk menjadi realiti selepas robot UBTech UWORLD U1 dilancarkan di China semalam.

Image from: UBTech Lancarkan Robot Humanoid UWORLD U1 Yang Kelihatan Realistik

Tiga model ditawarkan iaitu UWORLD U1 Lite, U1 Pro dan U1 Ultra dengan ia menyasarkan penggunaan sebagai peneman warga emas, pembantu di rumah, industri hospitaliti dan pendidikan. U1 Lite ialah versi permulaan yang hanya mempunyai bahagian atas badan. Ia boleh dihgunakan untuk menyambut tetamu di pusat peranginan.

U1 Pro pula ialah versi tubuh lengkap sementara U1 Ultra juga hadir dengan tubuh lengkap tetapi dengan kemampuan pergerakan yang lebih meluas. Ia mempunyai 88 darjah kebebasan membolehkan robot meniru sehingga 90% pergerakan manusia.

Image from: UBTech Lancarkan Robot Humanoid UWORLD U1 Yang Kelihatan Realistik

Selain kelihatan seperti manusia sebenar, robot humanoid ini juga boleh memaparkan lebih 20 emosi pada wajah, mulut bergerak degan audio yang dituturkan dan sistem operasi Agent Memory OS mengingati setiap perbualan yang pernah dilakukan.

Sebanyak 13,361 unit siri UWORLD U1 telah ditempah oleh pelanggan setakat ini walaupun robot dijual pada harga bermula RMB 119,800 yuan (~RM 72,000) sebuah. UBTech ialah antara syarikat robot yang terkemuka dari China. Robot mereka mempunyai kemampuan menukar bateri sendiri di lantai kilang dengan model UBTECH Walker S digunakan di Malaysia dalam sektor pertanian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved