
Persoalan siapakah yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang Ke-10 telah terjawab apabila pihak Raja-Raja Melayu mengambil keputusan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selebriti terkenal, Caprice dikatakan telah memuat naik satu posting di Instagram miliknya untuk mengucapkan tahniah kepada pemimpin namun dikatakan sebagai ‘lalang’ oleh netizen, eh kenapa pula?
Ucap tahniah

Menerusi posting tersebut, Caprice telah memuat naik satu video ‘jedag-jedug’ yang memaparkan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, di ruang komen ada yang mengatakan bahawa tindakan Caprice adalah seperti ‘lalang’ kerana sebelum ini dia telah mengecam agenda parti politik tersebut.

Namun begitu, di ruang caption Caprice menegaskan bahawa masyarakat perlu hormat dan akur dengan keputusan YDP Agong selain mendoakan agar negara lebih sejahtera dengan kepimpinan Perdana Menteri yang baharu.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media
The post Ucap Tahniah Selepas Kutuk Parti Politik, Caprice Dilabel Sebagai ‘Lalang’ appeared first on Oh! Media.

