Ucapan Ejae ‘Dipotong’ Ketika Terima Anugerah Oscar, Ramai Tak Puas Hati

EntertainmentMusic
16 Mar 2026 • 3:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pentas Anugerah Oscars yang sepatutnya menjadi momen paling indah buat artis berbakat, Ejae, bertukar menjadi medan kemarahan netizen dan penonton di seluruh dunia. Mana tidaknya, ketika penyanyi itu sedang dalam emosi menyelami detik bersejarah sebagai pemenang lagu K-Pop pertama yang merangkul trofi berprestij itu, satu insiden yang dianggap ‘biadab’ telah berlaku.

Dalam rakaman yang tular, Ejae dilihat cuba menahan sebak untuk memberikan ucapan penghargaannya di atas pentas. Namun, belum sempat beliau menghabiskan kata-katanya, pihak produksi Anugerah Akademi secara tiba-tiba memainkan muzik latar dengan kuat (play-off music) seolah-olah mahu menghalau beliau turun dari pentas dengan segera.

Tindakan pihak penganjur itu nyata mengundang rasa tidak puas hati penonton yang hadir secara langsung. Suasana dewan yang sepatutnya penuh dengan tepukan gemuruh bertukar menjadi riuh dengan sorakan ‘boo’ daripada hadirin sebagai tanda protes terhadap layanan yang diberikan kepada Ejae.

Di media sosial, kemarahan peminat lebih membuak-buak. Rata-rata menyifatkan tindakan itu sebagai satu penghinaan, memandangkan Ejae bukan sekadar pemenang biasa, malah beliau baru sahaja melakar sejarah besar bagi industri muzik dunia, khususnya genre K-Pop.

“No Way To Put It Lightly”

Ramai yang berpendapat bahawa pihak Akademi tidak menghormati momen besar artis tersebut. Malah, ada juga yang mendakwa wujudnya unsur diskriminasi memandangkan insiden ‘memotong ucapan’ ini jarang berlaku kepada pemenang kategori utama yang lain dengan begitu drastik.

image is not available

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.