Ucapan selamat ulang tahun PM di sekolah, Rafizi tegur Menteri Pendidikan

LocalPolitics
12 Aug 2025 • 10:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, menegur tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang dilihat mengajak murid-murid sekolah mengucapkan “Happy Birthday PMX, We Love You” kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi berkata, walaupun menteri berkenaan mempunyai hak untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, murid sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam sebarang mesej atau aktiviti berunsur politik.

“Jangan kita campur adukkan kehendak dan kemahuan kita dengan pendidikan kanak-kanak.

"Kalau dia sangat cintakan PMX dan mahu buktikan kesetiaan, cukup dengan ucapan dari dia sendiri, tak perlu libatkan murid-murid,” katanya dalam kenyataan di media sosial miliknya pada Selasa.

Menurutnya lagi, tindakan sebegini berisiko mencetuskan amalan yang tidak sihat, apabila Menteri Pendidikan pada masa hadapan pula berbuat perkara sama bagi menyatakan taat setia kepada pemimpin lain.

“Sekolah tidak boleh campur adukkan dengan politik dan pandangan peribadi kita. Kalau orang lain buat, saya akan marah. Tapi kini bila Menteri Pendidikan dari PKR sendiri yang buat, saya pun rasa malu,” tegasnya.

Rafizi turut menegaskan bahawa beliau sendiri amat berhati-hati apabila berurusan dengan sekolah sepanjang menjadi wakil rakyat. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved