Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengetua, PK HEM & Semua Warden Di JPN Sabah

LocalPolitics
13 Aug 2025 • 9:20 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengetua, PK HEM & Semua Warden Di JPN Sabah

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) — Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah hingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut KPM kes berkenaan kini menjadi keutamaan pihaknya.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” menurut kenyataan itu.

image is not available
Sumber: BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved