UCL: Gila! Tumbangkan Man Utd 4-1, kelab kerdil Como catat tiga lagi sejarah besar kejohanan

WorldFootball
5 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

UCL: Gila! Tumbangkan Man Utd 4-1, kelab kerdil Como catat tiga lagi sejarah besar kejohanan

Como 1907 mengejutkan dunia bola sepak apabila mencipta kemenangan luar biasa 9-1 menewaskan Lens dalam peringkat awal Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Kegilaan itu menyaksikan kelab dari Itali itu menyamai rekod Bayern Munich ketika menundukkan Dinamo Zagreb 9-2 pada 2024.

Dengan keputusan besar itu, ia menjadi kekalahan terbesar dialami oleh kelab Perancis dalam sejarah kejohanan.

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 4, 2026

Sebelum ini, hanya dua pasukan berjaya mencatat kemenangan dengan perbezaan lapan gol sejak format moden UCL diperkenalkan pada 1992.

Liverpool membelasah Besiktas 8-0 pada peringkat kumpulan 2007, manakala Real Madrid mencatat keputusan sama ketika menewaskan Malmo pada 2015.

Skuad kendalian Cesc Febregas itu terus mengganas, sekali gus menjadi pasukan tanpa diduga setakat ini.

Kemenangan yang memalukan Manchester United 4-1 sebelum ini turut menjadi lipatan sejarah kelab itu. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved