UCL: Man. United cipta kebangkitan magis

WorldFootball
5 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Man. United cipta kebangkitan magis

MANCHESTER – Manchester United menamatkan kemarau kemenangan selepas melakukan kebangkitan ketika menewaskan AS Roma 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) yang berlangsung di Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Red Devils ketinggalan 0-2 seawal minit ke-17 sebelum bangkit dengan tiga gol di separuh masa kedua menerusi dua jaringan Matheus Cunha serta satu gol Bruno Fernandes.

Kemenangan itu sekali gus meredakan tekanan dihadapi pengurus United, Michael Carrick yang disebut-sebut bakal dipecat selepas gagal memenangi sembilan perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Bagaimanapun, Fernandes menegaskan, kemenangan yang dilakar bukanlah semata-mata untuk menyelamatkan ‘periuk nasi’ Carrick, sebaliknya mahu membantu pasukan kembali ke landasan sebenar.

“Kami tidak perlu untuk menyelamatkan kerja seseorang kerana apa yang paling penting adalah kelab sangat memerlukan kemenangan. Kami sudah bekerja keras untuk cuba keluar dari zon sukar ini.

“Banyak spekulasi yang tersebar di media, termasuk khabar angin mengenai hubungan saya dan pengurus (Carrick). Secara jujur, kami berdua tidak ada sebarang masalah dan saya akui gagal bermain baik,” katanya.

Pemain Portugal itu memberikan sepenuh sokongan kepada Carrick untuk terus mengemudi United selain percaya kemenangan yang diraih mampu menjadi suntikan semangat buat dia dan rakan sepasukan melakukan kebangkitan.

“Saya tidak pernah hilang kepercayaan kepada pengurus, staf ataupun pemain dalam pasukan ini. Kami sentiasa meletakkan sasaran untuk menang dan itu yang perlu dicapai oleh pasukan,” ujar Fernandes. – AGENSI

 

The post UCL: Man. United cipta kebangkitan magis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved