UCL: Keinginan Mourinho belum tercapai

Football
23 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Keinginan Mourinho belum tercapai

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho belum berpuas hati dengan prestasi semasa pasukannya walaupun mencatat kemenangan 4-1 ke atas RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Walaupun ia boleh dianggap kemenangan selesa, Mourinho mengakui Real belum lagi memenuhi keinginannya yang mengharapkan sesuatu yang lebih baik mampu dijelmakan oleh pemain.

“Tiada seorang pun yang sudah berada di tempat yang saya mahukan dan saya juga sentiasa mahu lakukan penambahbaikan. Saya sudah berada di sini 104 atau 105 hari, namun kami masih belum berada pada tahap yang saya mahukan.

“Namun, tetap ada perkara yang kami lakukan lebih baik berbanding sebelum ini. Dalam masa sama, saya juga tidak suka dengan cara kami melepaskan jaringan kerana saya cuba untuk meletakkan diri saya sebagai penjaga gol.

“Bagus untuk memenangi perlawanan, tetapi gol yang kami lepaskan dilakukan oleh orang yang mula merasa selesa dan saya tidak gemarkannya,” katanya.

Los Blancos kini masih kekal dengan rekod bersih dalam tiga perlawanan dan kali ini semua gol dihasilkan oleh Bernardo Silva, Arda Güler, Kylian Mbappé dan Yan Diomande manakala jaringan tunggal pasukan lawan dijaringkan Tidiam Gomis.

Dalam masa sama, Mourinho mempertahankan keputusannya mengeluarkan Vinicius Jr biarpun mengakui berpuas hati dengan prestasi dipamerkan bintang Brazil berkenaan.

“Apa yang dirasakan olehnya adalah perkara peribadi, tetapi saya gembira dengan prestasinya namun semua orang sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripadanya,” katanya. AGENSI

 

The post UCL: Keinginan Mourinho belum tercapai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved