Ucop Ahmad Berubah Demi Kembali Aktif: “Dulu Saya Tak Sabar, Saya…”

7 Nov 2026 • 9:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ucop Ahmad Berubah Demi Kembali Aktif: “Dulu Saya Tak Sabar, Saya…”

Sempat ‘tenggelam timbul’ sepanjang tujuh tahun lalu, penyanyi Ucop Ahmad mahu peluang yang kembali dibuka oleh pihak Aryan Putra Entertainment (APE) digunakan dengan baik.Seperti single terkini miliknya, Aku Tekad  yang dihasilkan APE dengan sokongan pasukan A*CAP (Archive Capital), begitu Ucop nekad menaikkan semula namanya dalam persada seni.Kata Ucop, peluang dan kepercayaan yang diberi tidak mahu disia-siakan sekaligus menanam azam untuk mengubah sikap negatif sebelum ini yang menyekat langkahnya untuk terus maju.“Aku Tekad adalah gambaran keseluruhan tentang perjalanan saya. Lirik lagu ini ditulis oleh pengasas APE iaitu Encik Sufian dan saya membuat melodinya.“Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membantu saya kembali selepas tujuh tahun ini. Beliau memberi saya semangat dan keyakinan bahawa saya boleh kembali ke persada seni.Selain Sufian, Pasya dan ramai rakan lain yang menyokong saya untuk kembali aktif,” ujar Ucop sewaktu ditemui pada majlis pelancaran single Aku Tekad dan Tak Tertanggung Lagi milik Pasya di Lumi Marketplace, Petaling Jaya.Menurutnya lagi, dengan peluang kedua yang terbentang di depan mata, dia mahu lebih tenang dan tidak degil.“Umur saya sekarang sudah 43 tahun dan saya mahu berubah. Saya belajar untuk menjadi lebih mendengar terutama daripada pihak atasan, lebih sabar dan paling penting tidak berasa semua perlu  saya dan saya,” katanya.Tambah Ucop, salah satu faktor yang membuatkan dirinya aktif kerana mahu menjadi pendorong dan membakar semangat anak lelakinya.Katanya: “Saya seorang bapa tunggal. Selepas bercerai, saya membesarkan anak lelaki saya dan mahu memberi semangat kepadanya.“Saya mahu dia tahu walaupun susah dan sukat macam mana pun hidup, kita jangan pernah berputus asa. Sama seperti lagu Aku Tekad.”Ditanya apa sahaja pekerjaan yang dilakukan sepanjang tujuh tahun tidak aktif sebagai penyanyi, Ucop memberitahu dia menjadi pembuat konten serta menyertai banyak acara berkaitan permotoran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved