
Udara “Rare”, Hembusan Nafas Billie Eilish Ketika Konsert Dijual RM 48 Ribu Di Carousell
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan komposer terkenal Amerika Syarikat, Billie Eilish. Terbaru penyanyi itu telah mengadakan konsert jelajahnya di selurh dunia, termasuk turut singgah di Kuala Lumpur .
Selepas mengadakan konsert di ibu kota, penyanyi itu kemudian meneruskan jelajahnya ke Singapura dan menerima sambutan hangat disana.
Apa tidaknya, Mothership.Sg hari ini melaporkan terdapat individu yang tidak dikenali telah mengambil kesempatan apabila menjual hembusan nafas Billie Eilish itu yang didakwa diambil daripada konsertnya di platform Carousell.
Tetapi yang lebih mengejutkan sudah tentulah harga jualan yang diletakkan oleh tersebut. Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama ‘produk’ berkenaan, penjual meletakkan harga S$15,000 atau kira-kira RM 48,000.

”Saya berdiri sangat dekat dengan pentas dan berjaya menangkap hembusan penyanyi itu dengan plastik. Bagi mereka yang terlepas konsert tersebut, boleh segera beli udara ini. Sangat rare”, katanya.
Untuk menguatkan dakwaanya, individu berkenaan turut berkongsi foto jarak dekat penyanyi tersebut yang didakwanya diambil sendiri ketika konsert.
Bagi mana-mana yang berminat untuk membeli udara itu, penjual turut berjanji akan menguruskan produk berkenaan dengan penuh berhemah dan memastikan plastik tersebut tidak pecah ketika dihantar.
Ironinya, plastik yang digunakan untuk menyimpan udara itu adalah plastik bungkusan biasa yang sememangnya diketahui mudah pecah.
Bagi mereka yang hadir ke konsert tersebut sebelum ini, produk tersebut boleh memberi sedikit kelegaan atau setidak-tidaknya menebus kekecewaan mengenai pengalaman mereka menghadiri konsert berkenaan.
Difahamkan, konsert yang diadakan di Singapura itu turut berdepan masalah yang sama seperti di Malaysia apabila peminat mendakwa kerusi yang dibeli terletak sangat jauh daripada pentas utama.
Sumber: Mothership
The post Udara “Rare”, Hembusan Nafas Billie Eilish Ketika Konsert Dijual RM 48 Ribu Di Carousell appeared first on Siakap Keli.




