UEM Sunrise bolot lima anugerah untuk dua projek pembangunan baharu di Asia Pacific Property Awards 2023-2024

6 Jul 2023 • 2:29 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UEM Sunrise bolot lima anugerah untuk dua projek pembangunan baharu di Asia Pacific Property Awards 2023-2024

zulfadli

06/07/2023 - 14:29

KUALA LUMPUR 6 Julai - UEM Sunrise Bhd menerima pengiktirafan untuk pembangunan terbaharunya, The MINH Mont’Kiara dan The Connaught One di dalam majlis anugerah terkemuka Asia Pacific Property Awards (APPA) 2023-2024 di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Setelah bertanding dengan pelbagai pemaju hartanah di seluruh rantau Asia Pasifik, The MINH memenangi dua anugerah lima bintang untuk Best Landscape Architecture, Best Residential High Rise Architecture, dan juga pemenang dalam Residential High-Rise Development di bawah kategori Malaysia.

The Connaught One, pembangunan berorientasikan transit (TOD) pertama syarikat di Cheras memperoleh dua anugerah lima bintang untuk Best Apartment/Condominium Development dan Best Commercial High Rise Architecture juga di bawah kategori Malaysia.

Pembangunan tersebut juga telah dicalonkan untuk Best Commercial High Rise Architecture di bawah kategori Asia Pasifik, majlis penyampaian anugerah tersebut akan diadakan di London, United Kingdom.

Ketua Pegawai Pembangunan UEM Sunrise, Mardiana Rahayu Tukiran berkata, pihaknya berbangga dengan dua pembangunan terbaharu mereka The MINH Mont’Kiara dan The Connaught One yang berjaya memperoleh pelbagai anugerah berprestig serta diiktiraf di peringkat Asia Pasifik untuk reka bentuk serta tawaran yang diberikan.

"Para pekerja bertungkus lumus untuk memastikan kami membina kediaman yang bukan sahaja dipacu nilai dan kalis masa hadapan, malah memiliki konsep reka bentuk yang luar biasa dan praktikal untuk memenuhi gaya hidup pembeli rumah yang berkepelbagaian.

"Hal ini telah dibuktikan melalui kemenangan anugerah-anugerah ini di APPA," katanya dalam kenyataan media di sini.

image is not available

Tambah beliau, panel hakim APPA yang terdiri daripada para profesional pelbagai latar belakang dan kepakaran dari seluruh dunia, serta proses pemilihan dan kriteria menekankan reka bentuk pembangunan yang unik dan inovatif.

image is not available

Ia juga termasuk penekanan mengenai lokasi, tempat-tempat menarik di sekeliling serta pasaran sasaran dan lain-lain, bagi mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai salah satu pemaju hartanah yang terkemuka di Malaysia - DagangNews.com