
Raikan perayaan yang berbeza di Sarawak untuk memupuk hubungan rakyat dari semua kaum dan budaya
Uggah: Setiap Perayaan Disambut Bersama, Kukuhkan Budaya Kepelbagaian Di Sarawak. Sambutan pelbagai jenis perayaan di Sarawak adalah simbolik kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Menurut laporan, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengatakan sambutan pelbagai etnik menjadi platform untuk orang ramai mempelajari dan meraikan budaya kaum lain.

Selain itu, Uggah menyatakan bahawa Sarawak adalah masyarakat berbilang budaya, etnik, dan agama yang mementingkan keamanan, keharmonian, dan perpaduan rakyat sebagai asas kejayaan atau kemakmuran masa depan.
“Mengiktiraf kesatuan kita sebagai kemanusiaan dan berusaha ke arah itu boleh membawa masyarakat untuk lebih memahami dan menangkis sebarang halangan yang wujud bukan sahaja melibatkan perbezaan agama, malah juga melangkaui halangan sosial dan etnik,” ujarnya.
“Oleh itu, mari kita terus berinteraksi sesama kita tanpa mengira kepelbagaian bangsa dan kepercayaan agama kita,”katanya lagi menurut sumber.
Difahamkan, Uggah memaklumkan kenyataan itu menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian pada majlis Sambutan Tahun Baharu Bahai (Naw-Ruz) di Kuching, malam Ahad.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Datu Jack Aman Luat, Pengerusi Perhimpunan Rohani Bahai Sarawak Chin Chia Chau, Setiausaha Agung Perhimpunan Rohani Bahai Sarawak Dr. Shehab Phung serta tetamu kehormat lain.
Komuniti bahai bermula sejak tahun 1951
Dalam pada itu, Uggah menyatakan bahawa sejarah kepercayaan Bahai di Sarawak telah bermula pada tahun 1951. Kini, kira-kira 50,000 komuniti Bahai tersebar di 401 lokaliti di negeri ini mencerminkan penduduk Sarawak yang pelbagai etnik, budaya dan sosioekonomi.
“Komuniti ini termasuk Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Kayan, Salakau, Penan dan India,” jelas Uggah.
Bahkan di Sarawak, penganut Bahai menyambut tahun baharu Bahai dengan mengadakan rumah terbuka dan perhimpunan komuniti di di rumah panjang, kampung, dan kawasan bandar.
Sambutan ini merupakan masa untuk meraikan kegembiraan bertemu dan berdamai dengan rakan-rakan. Malah di Hemisfera Utara pula, ketika musim bunga yang berwarna-warni ini, mereka menyajikan pelbagai makanan lazat untuk dikongsi dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan.

Dipercayai hari sambutan Bahai tersebut adalah simbol pembaharuan, satu peristiwa apabila semua orang dapat mengamati realiti rohani dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
Dipercayai hari perayaan Bahai dianggap sebagai simbol pembaharuan, acara di mana semua orang dapat menyaksikan realiti rohani dan bagaimana mereka boleh menambah atau menyumbang kesejahteraan masyarakat.
Komuniti bahai telah meraikan sambutan tahun baharu mereka pada 21 Mac lalu dengan berpuasa selama 19 hari iaitu dari 2 Mac sehingga 20 Mac. Bukan itu sahaja, setiap tahun penganut agama Bahai seluruh dunia akan melakukan program melibatkan masyarakat setempat.



