Ugut Bunuh Rakan Sebab Tak Kemas Rumah, Lelaki Didenda RM4,000

Entertainment
20 May 2023 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara mengugut teman serumah, seorang lelaki bernama Mohd Khairul Izuwan Che Rahim, 35, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu selepas individu terbabit mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. Khairul Izuwan diperintahkan untuk dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Khairul didakwa mengugut rakan serumahnya, seorang operator kilang sambil membawa sebilah pisau. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada 6 petang, 1 April lepas.

image is not available

Pada hari kejadian, tertuduh dikatakan berang lalu memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik. Tertuduh juga dikatakan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa lalu mengejarnya dengan menggunakan sebilah pisau.

Untuk rekod, Khairul yang tidak diwakili peguam telah membuat rayuan untuk mendapatkan hukuman denda minimum, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan itu bersifat keganasan.

Kredit: FMT

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.