“Ugut cara halus ni” – [VIDEO] Pelajar Lelaki Gerun Lepas Cikgu ‘Unboxing’ Mesin Potong Rambut

Entertainment
15 Jun 2022 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zaman sekolah dulu, antara perkara yang paling ditakuti oleh pelajar lelaki ialah apabila guru mula keluarkan gunting untuk memotong rambut mereka yang tidak mengikut undang-undang kekemasan diri.

Tular sebuah video di TikTok apabila seorang guru ‘mengugut’ pelajar lelaki dengan cara halus apabila dia melakukan ‘unboxing’ mesin potong rambut di hadapan pelajar-pelajar ketika perhimpunan.

@idijohan_angklung_

Beli barang online.. unboxing di rumah image is not available.. unboxing di sekolah image is not available

♬ original sound – Idi Johan – Idi Johan

Difahamkan, guru tersebut dikenali sebagai Cikgu Johan atau nama sebenarnya Idi Johan, dia membeli mesin pemotong rambut khas buat pelajarnya yang suka melanggar peraturan sekolah dengan menyimpan rambut panjang.

“Jadi pelajar-pelajar SMK Dato’ Mustaffa yang rasanya rambutnya tidak menepati piawaian atau standard pelajar sekolah, sila potong petang ini,” katanya.

Video itu setakat ini telah menerima hampir 2 juta tontonan serta hampir lima ribu komen, rata-rata netizen memuji cara guru itu dan tidak kruang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika dibangku sekolah.

image is not available

Korang ada tak kenangan rambut tobek time sekolah dulu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.