Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching

21 Sep 2022 • 1:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demi Maggi dan KFC

Ugut Ibu RM50 Gara-Gara Nak Beli Maggi Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Kalau tak ada masalah mental, ini mungkin ada pengaruh bahan terlarang. Tapi ini hanya kemungkinan. Mana mungkin orang yang normal bersikap sedemikian, kan?

Seorang lelaki berusia 30 tahun telah ditahan kerana pelaku ini telah mengugut ibu angkatnya sehingga mendatangkan kecederaan. Hal ini dilakukan oleh pelaku hanya gara-gara tidak mendapat wang RM50 demi Maggi dan KFC. Yang bukan-bukan je perangai.

image is not available
Ugut Ibu RM50 Setiap Hari Demi Maggie Dan KFC, Seorang Lelaki Dipenjara Di Kuching. Sumber gambar: FB BIntulu News Page

Ibu angkat diugut setiap hari

Menurut fakta kes, pelaku meminta wang sebanyak RM50 ini daripada ibu angkatnya setiap hari kerana giannya untuk mendapatkan mee Maggi dan hidangan KFC. Namun, pada 15 September yang lalu, pelaku secara tiba-tiba telah melenting dan bertindak agresif dengan menendang paha mangsa kerana enggan menerima wang yang hanya bernilai RM30.

image is not available
Sumber gambar: FB BIntulu News Page

Mangsa yang berusia 64 tahun tersebut telah melarikan diri dari rumah kediaman mereka di Jalan Samariang, Petra Jaya pada pukul 12 tengahari selepas diserang oleh pelaku kerana mengkhuatiri tentang keselamatannya. Bahkan, selepas ditendang, telefon bimbit mangsa turut dirampas oleh pelaku.

Dijatuhi hukuman penjara 6 bulan

Oleh kerana serangan ini, mangsa telah melaporkan kejadian di balai polis berhampiran. Menurut mangsa juga hal ini bukan pertama kali terjadi. Malah, sering terjadi jika pelaku gagal mendapatkan wang RM50 mengikut kemahuannya.

Pelaku, Muhamad Yazid Yusup telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara. Menurut Majistret Syariah, Fatimah Azura Wan Ali, tertuduh mula menjalani hukumannya bermula dari tarikh tangkapannya iaitu pada 15 September.

image is not available
Sumber gambar: SUARA SARAWAK

Gara-gara Maggi dan KFC je, dah merasa duduk, tidur dan makan percuma di penjara. Nak cakap budak, dah 30 tahun. Dewasa sangat dah usia tu nak keluar mencari pendapatan sendiri. Tapi, masih juga meminta duit dengan ibu. Kalau tak dapat, terus nak marah, jadi agresif semua bagai. Apa nak jadi anak-anak sekarang ni.

Kes ugut ini bukan melibatkan wang semata tau. Ada lagi kes ugut lain seperti ugutan bunuh. Boleh baca artikel dibawah untuk membaca cerita selanjutnya: