
Bagi mereka yang membela dan menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, pastinya akan menganggap Si Comel itu seperti anak mereka sendiri. Mereka akan menyayangi dengan sepenuh hati dan memberikan penjagaan yang terbaik.
Baru-baru ini, seorang pemilik kucing dari Sarawak meluahkan rasa sedihnya apabila kucingnya telah hilang diculik dan lebih menyedihkan, penculik kucingnya itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM 6,000.
Dalam perkongsian oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi Facebook, difahamkan kejadian itu berlaku di Taman Kwan Ming, Kuching, Sarawak.
Individu tersebut melaporkan kehilangan kucingnya pada 1 September, kemudian dia menerima mesej menerusi WhatsApp pada 3 September dari seorang individu tidak dikenali mengaku menculik haiwan tersebut dengan menyertakan gambar serta video.
KES JENAYAH CULIK KUCING, UGUTAN DAN MINTA TEBUSAN RM6,000 DARIPADA PEMILIK PERLU PERHATIAN SERIUS POLIS DIRAJA…
Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Sunday, September 4, 2022
Lebih menyedihkan, penculik kucing itu juga mengugut untuk mencampakkan kucing tersebut ke dalam sungai jika dia gagal membayar sejumlah wang yang dimintanya itu.
“Penculik juga telah memberi amaran kepada pemilik supaya hadir membawa wang yang diminta seorang diri dan tidak membuat tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan penculik,” tulisnya.
Selepas ugutan itu, individu berkenaan terus membuat laporan polis dan difahamkan, kes ini merupakan kes jenayah penculikan melibatkan kucing dan tebusan ribuan ringgit yang pertama di Malaysia.
Sampai hati buat macam ni…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![Lelaki Terkejut Jumpa Anak Kucing Tersangkut Di Bonet Depan Kereta Lepas 12 Jam Perjalanan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)