Ugut, Pukul Pengguna Jalan Raya Kerana Di Hon, Lelaki Dari Bintulu Ini Direman 4 Hari

1 Dec 2022 • 12:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Insiden tersebut berlaku di Bintulu, Sarawak

Seorang lelaki yang disyaki memukul seorang pengguna jalan raya serta membuat ugutan berbaur jenayah di Bintulu telah direman oleh pihak polis selama empat hari bermula semalam ( Rabu ). Lelaki tersebut sebelum ini tular dalam sebuah video yang dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.


Munurut PDRM Bintulu, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah stesen minyak dan saspek mengekori pengadu/mangsa hingga ke sebuah kafeteria di kawasan Batu 5, Bintulu. Saspek mengekori kereta pengadu/mangsa kerana tidak berpuas hati atas tindakan pengadu/mangsa yang membunyikan hon lalu kemudian menumbuk muka pengadu/mangsa.

image is not available


Tambah kenyataan PDRM Bintulu melalui laman facebook mereka, semakan rekod lampau mendapati saspek juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau iaitu di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah, khianat ke atas kenderaan dan menghalang penjawat awam melakukan tugas.


Saspek telah ditangkap pada 29 November 2022 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506KK dan Seksyen 323KK dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.


PDRM Bintulu juga memberi peringatan tegas terhadap sebarang aktiviti seperti samseng jalanan, yang boleh mengugat keselamatan orang awam di jalan raya, PDRM Bintulu akan bertindak dan mengambil tindakan tegas untuk membendung aktiviti ini demi menjamin keselamatan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved