Flat dan apartmen bertingkat sering dikaitkan dengan masalah kebersihan — longkang tersumbat, sampah bersepah, bau kucing, dan penghuni yang tak ambil peduli. Tapi berbeza pula dengan sebuah flat yang tular baru-baru ini di TikTok, sampai buat seorang penghantar makanan kagum tak terkata.
Video tersebut dimuat naik oleh TikToker Ninja Collectible yang berkongsi pengalamannya menghantar makanan ke salah satu unit di flat berkenaan. Apa yang mengejutkannya ialah tahap kebersihan kawasan sekitar yang sangat luar biasa.
“Flat terbersih yang pernah aku masuk selama hantar makanan. Banyak-banyak flat aku pergi, flat ini aku rasa bersih sebab sampah tak ada, table top depan rumah pun tak ada, saluran air tak basah, tangga bersih.
Tiada renovation yang menganggu masyarakat
“Nampak? Susah tau nak nampak flat bersih-bersih macam ni. Ini maknanya, JMB diorang buat kerja. Nampak? Mana ada sampah? Ini kalau di tempat lain, puntung rokok saja sana sini.
“Tengok longkang dia, bapak bersih gila. Ya Allah, aku respect gila flat ni,” katanya dalam video tersebut.
Netizen puji penduduk flat
Perkongsian itu terus menjadi bualan ramai. Ramai yang memuji kesedaran dan tanggungjawab penduduk di flat tersebut. Netizen menganggap ini hasil kerjasama antara penduduk dan pengurusan yang sama-sama ambil berat.
Beberapa netizen turut berkongsi bahawa flat sebegini mungkin kekal bersih sebab semua penduduk membayar yuran penyelenggaraan dengan konsisten. Mereka juga tidak buang sampah di koridor atau tangga, dan tak meletak barang peribadi sembarangan di luar rumah.
Menariknya, ada yang anggap flat ini sebagai ‘melawan hukum flat’ — satu fenomena luar biasa yang patut dijadikan contoh oleh flat lain. Kebersihan bukan semata-mata tanggungjawab pekerja pembersihan, tetapi bergantung pada sikap bersama.
Pengalaman ini juga memberi inspirasi kepada penghuni flat lain. Ramai rasa tak kisah tinggal di rumah kecil, asalkan persekitaran bersih dan selesa.
The post ‘Uish! Melawan hukum flat ni, bersih giler weh!’ appeared first on The Reporter.

