UiTM, DBP perkukuh usaha martabatkan bahasa kebangsaan

4 Nov 2026 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: UiTM, DBP perkukuh usaha martabatkan bahasa kebangsaan
Noorlis (tiga dari kanan) menyaksikan Kok Seong (duduk) menandatangani buku lawatan.

SEREMBAN - Kehadiran delegasi Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ke Institut Pemimpin Muda (IPM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban Sesi 2025/2026 untuk mengadakan program mencerminkan kerjasama erat antara kedua-dua institusi dalam memperkukuh usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di samping menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Madya Ts Dr Noorlis Ahmad berkata, program tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan tokoh akademik serta mendapatkan perspektif yang lebih luas mengenai cabaran pembentukan identiti bangsa Malaysia.

"Pengisian yang diketengahkan turut menekankan bahawa keharmonian negara bukan sahaja bergantung kepada pembangunan fizikal dan ekonomi.

"Malah memerlukan kesepaduan nilai, bahasa, budaya serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat," katanya sempena program Tamu Bicara Negara 4.0: Ke Mana Arah Identiti Bangsa Malaysia di sini pada malam Selasa.

Program tersebut menampilkan panel undangan khas, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.

Noorlis berkata, program tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan tokoh akademik serta mendapatkan perspektif yang lebih luas mengenai cabaran pembentukan identiti bangsa Malaysia.

"Pengisian yang diketengahkan turut menekankan bahawa keharmonian negara bukan sahaja bergantung kepada pembangunan fizikal dan ekonomi, malah memerlukan kesepaduan nilai, bahasa, budaya serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

"Kesimpulannya, penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap kepentingan memelihara identiti bangsa Malaysia serta membentuk generasi yang berpengetahuan, berfikiran matang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi," katanya.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program tersebut, pihak DBP turut menyumbangkan sebanyak 100 naskhah majalah Dewan Bahasa untuk diagihkan kepada para peserta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved