UiTM Holdings Didakwa Rugi RM 157 Juta, Penerbitan Filem Antara Penyumbang Terbesar?

Entertainment
8 Feb 2023 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

UiTM Holdings Sdn Bhd ialah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ditubuhkan pada 5 Jun 2007, UiTM Holdings kini menguruskan 8 anak syarikat aktif dengan operasi merentasi empat bahagian perniagaan iaitu Tenaga, Penjagaan Kesihatan, Teknologi dan Kreatif.

Menurut laporan Harian Metro, terdapat dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan yang menyebabkan kerugian RM157 juta dalam firma tersebut bagi tempoh 2017 sehingga 2021.

Terdapat sebuah perkongsian yang menyatakan antara faktor yang menyumbang kepada kerugian besar adalah projek penerbitan filem.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap garis panduan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Malah, pihak kementerian juga sekali gus menyeru pihak-pihak berkenaan memberikan kerjasama sewajarnya.

“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat yang berkaitan,” katanya.

Sebagai info, antara filem-filem keluaran UiTM termasuklah Badang (2018), Chowrasta (2015) serta Anak Mami Nasi Kandaq (2016).

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.