Uji kelajuan demi kandungan media sosial, dua pemandu ditahan 

LocalCars
11 Sep 2026 • 3:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Uji kelajuan demi kandungan media sosial, dua pemandu ditahan 

PETALING JAYA: Polis telah menahan dua pemandu kereta kerana melakukan aksi menguji kelajuan di Jambatan Putra, Putrajaya bagi menghasilkan kandungan media sosial.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kedua-dua pemandu turut dikenakan tindakan saman atas kesalahan mengubah suai kenderaan.

“Pemandu berusia 19 dan 21 tahun telah direman sehari dan akan diberi jamin sementara siasatan dilengkapkan.

“Kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di platform Threads yang memaparkan rakaman video aksi dua buah kereta sedang menguji kelajuan di Jambatan Putra, Putrajaya.

Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 19 dan 21 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Siasatan polis mendapati kedua-dua individu berkenaan berada di lokasi tersebut bagi tujuan berkumpul dan menghasilkan kandungan untuk dimuat naik ke media sosial serta bukan bertujuan untuk berlumba.

Pemeriksaan pemandu berusia 21 tahun terbabit didapati tidak memiliki lesen memandu yang sah, manakala Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan yang dipandunya telah tamat tempoh. –UTUSAN

The post Uji kelajuan demi kandungan media sosial, dua pemandu ditahan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved