Anwar ke India sertai Sidang Kemuncak BRICS

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 6:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar ke India sertai Sidang Kemuncak BRICS

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

Anwar menerusi hantaran di media sosial berkata, sepanjang berada di India, beliau turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama pemimpin dunia.

Antaranya Perdana Menteri India selain Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan serta Perdana Menteri Ethiopia.

“Saya juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India, Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan selain Perdana Menteri Ethiopia,” katanya.

Menurut Anwar, agenda lawatan beliau ke India turut merangkumi kunjungan ke Kerala bagi mengadakan pertemuan dengan Mufti Besar India.

Katanya, pertemuan itu akan dimanfaatkan untuk bertukar pandangan berkaitan pembangunan masyarakat, pendidikan serta hal ehwal agama.

“Rencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama,” katanya.

Selepas menyelesaikan misi diplomasi di India, Anwar dijadual meneruskan perjalanan ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Maldives, Dr. Mohamed Muizzu.

“Moga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Anwar ke India sertai Sidang Kemuncak BRICS appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved