Dalam satu kajian melibatkan dewasa usia 51 hingga 75 tahun, mereka yang tidak mampu berdiri satu kaki selama 10 saat didapati mempunyai risiko kematian semua punca lebih tinggi selepas beberapa tahun susulan.
Tapi ini bukan bermaksud kalau anda gagal 10 saat, anda akan pendek umur.
Dan bukan juga bermaksud kalau anda latih balance, semua penyakit terus hilang.
Maksud sebenar lebih penting.
Untuk berdiri satu kaki, badan perlu gabungkan kerja otot, sendi, mata, telinga dalam, saraf dan otak. Bila keseimbangan makin lemah, ia boleh jadi tanda badan semakin kurang stabil, kurang kuat atau lebih berisiko jatuh.
Cara cuba di rumah:
Berdiri dekat dinding atau kerusi.
Berkaki ayam.
Angkat satu kaki dan letakkan bahagian atas kaki itu pada betis kaki sebelah.
Tangan di sisi badan.
Pandang satu titik di depan.
Cuba tahan 10 saat.
Kalau tak lepas, jangan panik.
Mula latih perlahan-lahan di tempat selamat. Kalau anda kerap pening, kebas kaki, rasa mahu pitam, pernah jatuh berulang atau badan makin tidak stabil, dapatkan pemeriksaan.
Kesihatan bukan hanya tentang bacaan gula dan tekanan darah.
Kadang-kadang, 10 saat berdiri satu kaki pun boleh beri signal bahawa badan kita perlukan perhatian.
#PublicHealthMalaysia #BalanceTest #SihatItuSaya
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



