Ujian Dwi-Bahasa Untuk Pelajar Tahun 6 di Sarawak Akan Diadakan 15 dan 16 Oktober Ini

26 May 2025 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ujian ini akan disemak dan disahkan oleh Cambridge University Press & Assessment (CUP&A)

Ujian Dwi-Bahasa Untuk Pelajar Tahun 6 di Sarawak Akan Diadakan 15 dan 16 Oktober Ini. Sarawak terus padu dalam usaha naikkan taraf pendidikan. Buat pertama kalinya, Ujian Penilaian Dual Language Programme Sarawak (UP-DLP) akan diadakan pada 15 dan 16 Oktober khas untuk murid Tahun 6 yang menyertai program ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn umumkan perkara ni masa ucapan penggulungan kat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ni.

image is not available
Ujian Dwi-Bahasa Untuk Pelajar Tahun 6 di Sarawak Akan Diadakan 15 dan 16 Oktober Ini. Gambar sekadar ilustrasi.

Apa benda UP-DLP ni?

Menurut laporan media tempatan, UP-DLP Sarawak ini ialah satu ujian standard untuk murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang join Dual Language Programme (DLP). Tiga subjek utama yang akan diuji:

  • Sains
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris

Yang bestnya, kertas peperiksaan ini semua disediakan oleh cikgu-cikgu Sarawak sendiri – jadi memang ikut acuan kita punya. Tapi bukan setakat tu je, semua soalan akan disemak dan disahkan oleh Cambridge University Press & Assessment (CUP&A). Haa, bukan calang-calang tau – terus bawa ke tahap antarabangsa!

Nak bagi hit lagi legit, Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) siap sign kontrak rasmi dengan CUP&A kat Cambridge, UK pada 30 April lalu, disaksikan sendiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kenapa buat ujian ni?

Senang je: nak pastikan pendidikan Sarawak capai tahap global dan murid-murid kita ready untuk masa depan. Tak nak ketinggalan bila masuk alam pekerjaan atau universiti nanti, especially dalam bidang STEM.

Bonus Tambahan: SEEP pun meletop!

Kalau kau pelajar Tingkatan 3 atau menengah atas, berita baik: Sarawak juga teruskan Sarawak Enhancement Education Programme (SEEP) – siap peruntukkan RM20 juta untuk program ni.

Antara tawaran SEEP:

  • Tuisyen percuma untuk pelajar yang belum lulus peperiksaan sekolah.
  • Fokus subjek penting macam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.
  • Untuk menengah atas pulak, tuisyen khas untuk semua subjek sains tulen.

Tak cukup dengan tu, SEEP juga sediakan:

  • Modul pembelajaran lengkap untuk cikgu dan pelajar.
  • Sistem pengurusan SEEP yang dedicated.
  • Webinar, bengkel, dan sesi libat urus dengan ibu bapa & cikgu.

Nampaknya Sarawak memang tak main-main dalam soal pendidikan. Dengan UP-DLP dan SEEP ni, jelas kerajaan negeri nak pastikan anak Sarawak bukan je cemerlang dalam SPM, tapi juga berdaya saing di peringkat antarabangsa.

So, kalau anda pelajar DLP, ready siap-siap – Oktober ni kita kasi tunjuk power!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan pembangunan Sarawak:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved