
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengumumkan ujian n Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilakukan di seluruh negara pada 29 November depan. Ia adalah ujian berfasa sebelum sistem beroperasi sepenuhnya kelak.

EWS menggunakan teknologi Cell Broadcast System (CBS) yang menghantar amaran terus ke telefon di kawasan terjejas tanpa memerlukan nombor telefon, perkhidmatan SMS atau sambungan internet. Ia beroperasi selagi terdapat sekurang-kurangnya satu rangkaian mudah alih aktif dan dinilai lebih pantas serta tepat berbanding sistem SMS sedia ada.
Sistem ini turut dilengkapi dengan ciri mesra pengguna seperti getaran, audio dan bacaan automatik bagi memastikan golongan kurang upaya (OKU) tidak terlepas maklumat kritikal ketika bencana.
Ujian teknikal pertama telah dilakukan hari ini dengan pengamal media sahaja. Seterusnya ujian kedua akan dilakukan di perkarangan Parlimen pada 23 November depan sebelum ke seluruh negara pada 29 November,.





