Kota Kinabalu: Ujian saringan talasemia bagi pasangan Islam yang ingin berkahwin di Sabah masih belum diwajibkan dan kini dalam peringkat perbincangan antara pihak berkuasa berkaitan. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, setakat ini hanya ujian saringan HIV diwajibkan kepada semua pasangan beragama Islam sebelum berkahwin.
“Buat masa ini, talasemia belum menjadi syarat wajib. Tiada tempoh atau tarikh pelaksanaan ditetapkan kerana ia masih dibincangkan di peringkat pihak berkepentingan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sistem Permohonan Kebenaran Berkahwin Atas Talian (eKahwin) dan Sistem Pembayaran Melalui Platform FPX, baru-baru ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif merasmikan acara itu.
Menurut Jumain, sistem eKahwin hanya memerlukan kehadiran fizikal pemohon dalam kes tertentu, antaranya melibatkan keraguan mengenai wali, status nasab pemohon perempuan, dokumen pengenalan diri atau kes khas lain yang memerlukan siasatan lanjut. Beliau berkata penambahbaikan lain ialah kaedah pembayaran fi perkhidmatan secara dalam talian melalui platform FPX berbanding sebelum ini yang hanya boleh dilakukan di kaunter pejabat Jheains.
“Setelah akad nikah dilangsungkan, perkahwinan pasangan akan didaftarkan.
“Pemohon akan menerima sijil nikah digital, sijil nikah fizikal serta kad perakuan nikah dalam tempoh yang ditetapkan,” ujarnya.
Jumain menjelaskan permohonan kebenaran berkahwin secara atas talian hanya akan diproses setelah semua dokumen lengkap dihantar sebelum disemak Pendaftar Penyemak dan diluluskan Pendaftar Pelulus, manakala jurunikah ditetapkan bagi memastikan akad nikah berlangsung mengikut hukum syarak.