
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, pada zaman ini, wang ringgit merupakan antara masalah yang dihadapi sesetengah pasangan yang ingin berkahwin.
Bukan hanya mas kahwin dan duit hantaran, kos untuk mengadakan majlis persandingan juga harus difikirkan oleh mereka.
Maka tidak hairanlah jika ada pasangan terutamanya lelaki yang melakukan kerja sambilan untuk mencari duit tambahan bagi menampung kos majlis yang bakal diadakan nanti.
Calon suami perlu jawab 30 soalan fardu ain dan tunjuk rekod CCRIS
Bagaimanapun, lain pula dengan keluarga ini yang tidak mengenakan mahar yang tinggi dan tiada hantaran, namun calon suami anak-anak mereka perlu menjawab 30 soalan ilmu fardu ain dan menunjukkan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang lelaki di akaun Threads miliknya @apiz_una7 mengenai cara yang dilakukan oleh keluarganya terhadap adik-beradik perempuannya yang ingin berkahwin.
“Mahar adik-beradik perempuan saya walaupun semua daripada mereka pemegang ijazah sarjana muda pendidikan sains, sains perubatan dan sains kejururawatan hanya sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sahaja dan tanpa hantaran.
Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk menilai sejauh mana sifat tanggungjawab diri calon suami mereka terhadap kehidupan akhirat.
Contoh-contoh soalan diberikan keluarganya
Difahamkan, 30 soalan asas fardu ain yang perlu dijawab adalah merangkumi ilmu tauhid, tasawuf, feqah dan sirah.
Berikut contoh soalan-soalannya:
- Tauhid – Sila terangkan secara ringkas tentang sifat wujud bagi Allah
- Tasawuf – Bagaimana cara nak bina sifat sabar dan reda untuk menempuhii ujian rumahtangga?
- Feqah – Sila terangkan secara ringkas tentang perbezaan antara darah haid, nifas dan istihadah
- Sirah – Siapa ibu Nabi Muhammad SAW?
- Tauhid – Apakah maksud syirik kecil dan berikan satu contoh mudah
- Tasawuf – Bagaimana cara nak menghindari dari sifat mazmumah
- Feqah – Senaraikan aurat yang wajib dipelihara oleh wanita Muslim bila dia hendak keluar dari rumah
- Sirah – Apakah gelaran Nabi Muhammad SAW
“Menjawab 30 soalan ilmu fardu ain dan kemukakan rekod CCRIS semuanya dilakukan semasa ipar saya datang berjumpa dengan orang tua. Bila lulus barulah mereka diberi kebenaran untuk membawa keluarga masuk meminang,” katanya lagi.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tertarik dengan cara menguji calon sebegitu
Perkongsian oleh lelaki itu kemudiannya mendapat perhatian ramai di media sosial di mana rata-rata pengguna Threads tertarik dengan cara demikian.
Malah, ada yang bersyukur kerana cara terbabit berkesan digunakan oleh keluarga tersebut dalam memilih calon suami buat anak-anak mereka.
Tidak kurang juga yang dilihat mengangap perkara itu sebagai salah satu idea yang bernas dan mungkin boleh digunakan oleh mereka suatu hari ini.






![“Ayam RM1 Pun Besar Lagi”- Lelaki Kecewa ‘Grilled Chicken’ Dipesan Kecil Untuk Harga RM5 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)