UK akan terima padah bekal dron kepada Ukraine

WorldPolitics
19 Aug 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UK akan terima padah bekal dron kepada Ukraine

MOSCOW: Moscow menuduh United Kingdom (UK) sengaja memilih untuk meningkatkan ketegangan dalam krisis Ukraine susulan pengesahan dron buatan Britain digunakan dalam sera­ngan terhadap sasaran di Russia.

Dron berkenaan yang dibina oleh dua syarikat berasingan Bri­tain digunakan di dalam wilayah Russia dalam serangan berskala besar dan berkesan terhadap sasaran ketenteraan selain perindustrian, termasuk kilang penapisan minyak serta gudang milik peruncit dalam talian Wildberries.

Ukraine berulang kali me­nyasarkan syarikat yang dikenali sebagai versi Amazon Russia itu, dan mendakwa tujuh daripada 10 pusat logistik terbesar Wildberries ‘dilumpuhkan’. 

Gabenor Moscow, Andrey Vorobyov menerusi aplikasi Te­legram memaklumkan, sebuah gudang Wildberries berhampiran ibu kota Russia itu turut ter­kena serangan tetapi kebakaran di lokasi itu berjaya dipadamkan.

Sumber tentera mengesahkan kepada BBC, dron UK digunakan dalam serangan berkenaan, yang dilaporkan menyebabkan kerugian ekonomi lebih 35 bilion pound (RM191.98 bilion).

“Dengan berbuat demikian, UK bertindak sebagai rakan subahat dan pelaku bersama dalam jenayah berdarah serta serangan pengganas.

“Tindakan London pasti akan membawa akibat yang perlu dipertanggungjawabkan. Sema­kin jauh penglibatan UK dalam konflik ini, semakin tinggi harga yang perlu dibayarnya,” kata Kedutaan Russia di UK dalam satu kenyataan.

Sebagai tindak balas, jurucakap Kementerian Pertahanan UK memberitahu BBC News, Britain berdiri teguh bersama Ukraine.

“Moscow tidak seharusnya meragui keazaman kerajaan ini untuk menentang pencerobohan Russia di Ukraine dan terhadap UK serta sekutu kami,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, UK komited untuk menyediakan peralatan yang diperlukan Ukraine bagi mempertahankan diri daripada pencerobohan haram Presiden Russia, Vladimir Putin.

 

The post UK akan terima padah bekal dron kepada Ukraine appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved