UK labur RM45 bilion untuk kapal selam nuklear

WorldBusiness & Finance
31 Jul 2026 • 10:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: UK labur RM45 bilion untuk kapal selam nuklear

LONDON: United Kingdom (UK) mengumumkan pelaburan bernilai 8.4 bi­lion pound (RM45.7 bilion) bagi fasa seterusnya program kapal selam nuklear Kelas Dreadnought, yang menurut kerajaan akan menyokong 22,000 peluang perantisan dalam tempoh sedekad akan datang.

Pejabat Perdana Mente­ri, Andy Burnham berkata, pelaburan itu merupakan sebahagian usaha memperkukuh sistem pencegahan nuklear Britain, selain menyediakan peluang pekerjaan kepada go­longan muda.

“Pelaburan besar bernilai 8.4 bilion pound dalam sistem pencegahan nuklear Britain, yang akan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada golongan muda untuk tahun-tahun akan datang,” kata pe­jabat Burnham dalam ke­nyataan media kelmarin.

Kontraktor pertahanan Britain, BAE Systems diberi tanggungjawab membina empat kapal selam berkuasa nuklear Kelas Dreadnought sebagai sebahagian daripada sistem pencegahan nuklear negara itu.

Daripada jumlah pelaburan itu, BAE Systems akan me­nerima 9.5 bilion pound (RM32 bilion), manakala ba­ki peruntukan akan di­salurkan kepada rangkaian pembe­kal berkaitan.

Pelaburan itu akan membantu kapal se­lam pertama program berkenaan, HMS Dreadnought melengkapkan ujian laut sebelum dijangka memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Britain pada awal 2030-an.

Ia turut membolehkan kapal selam kedua, HMS Valiant, memasuki fasa ujian laut. Sementara itu, kapal ketiga dan keempat meneruskan proses pembinaan.

Menurut Burnham, program itu akan menyokong 47,000 peluang pekerjaan dan perantisan, selaras dengan usaha pentadbirannya yang masih baharu untuk mena­ngani peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan golongan muda.

“Kapal selam ini akan me­lindungi Britain untuk beberapa dekad akan datang, manakala 47,000 pekerjaan dan peluang perantisan akan mengubah kehidupan penduduk di bandar serta puluhan kawasan lain yang seumpamanya,” kata Burnham. 

– AGENSI

The post UK labur RM45 bilion untuk kapal selam nuklear appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved