Ulama Terkenal Dunia, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

26 Sep 2022 • 8:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Satu berita mengejutkan umat Islam seluruh dunia selepas ulama tersohor, Yusuf al-Qaradawi dilaporkan meninggal dunia pada usia 96 tahun sebentar tadi.

Berita pemergian Yusuf al-Qaradawi itu disahkan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) serta turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.

Dunia Islam kini kehilangan seorang ulama yang paling disegani.

Yusuf al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Malaysia pada tahun 2009.

Semoga roh Allahyarham Sheikh Yusuf al-Qaradawi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media