Ulama Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

26 Sep 2022 • 8:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sheikh Yusuf al-Qaradawi

DOHA - Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia pada Isnin pada usia 97 tahun, lapor Agensi Anadolu memetik akaun Twitter rasminya.

Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) yang berpangkalan di Doha turut mengesahkan mengenai berita sedih pemergian ulama itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir yang berpangkalan di Qatar, ialah pengasas IUMS. - Bernama