Ulama Terkenal, Tuan Guru Haji Abdul Hamid (Paksu Mid) Kuala Nerang Meninggal Dunia

11 Nov 2022 • 7:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tuan Guru Haji Abdul Hamid atau juga dikenali sebagai Pak Su Mid Kuala Nerang dilaporkan meninggal dunia hari ini, 11 November 2022.

Berita kematian beliau dimaklumkan sendiri oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan sebentar tadi menerusi laman Facebook rasmi milik mereka.

“Jabatan ini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tuan Guru Haji Abdul Hamid (pak su mid) atas pemergian tuan guru. Jabatan ini mendoakan semoga tuan guru diberikan keampunan dan ditempatkan bersama golongan yang mendapat nikmat disisi Allah SWT.

“Jabatan ini juga berdoa semoga diberikan kesabaran untuk keluarga yang ditinggalkan.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulis mereka.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Hamid Siakap Keli ucapkan. Semoga roh beliau berada bersama-sama orang-orang soleh dan beriman.