Ulang Alik Lebih 152KM Sehari, Isteri Ajak Shiro Sakit Tulang Belakang Sampai Masuk Hospital

Entertainment
3 Nov 2023 • 5:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bermacam-macam cerita kita sering terbaca di media sosial tentang isu pendidikan. Antara topik yang cukup terkenal dalam kalangan warga pendidik adalah isu pertukaran sekolah.

Isu tersebut turut dialami isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro iaitu Nur Afifah Amin yang terpaksa berulang alik ke sekolah lebih 152 km setiap hari.

Ditambah pula apabila isterinya kini terpaksa mengambil cuti sakit selama dua minggu dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di hospital.

Menurut Ajak, isterinya sudah lima kali membuat permohonan pertukaran sekolah sejak dua tahun lalu namun semuanya gagal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro)

“Isteri saya sudah membuat permohonan pertukaran sekolah lebih lima kali sejak dua tahun lalu. Namun, mereka hanya maklumkan permohonan tidak berjaya tanpa memberikan sebarang alasan.

“Sebagai suami sudah tentu saya risaukan keselamatan isteri yang berulang-alik dari Petaling Jaya ke Nilai, Negeri Sembilan selama dua tahun ini.

“Ditambah pula, dia kini mengalami masalah tulang belakang hingga menyebabkan dia terpaksa cuti sakit selama dua minggu dan perlu menjalani rawatan fisioterapi setiap dua hari sekali,” ujarnya.

image is not available

Tambahnya lagi, isterinya juga tidak boleh memandu kereta seperti dahulu dan doktor juga tidak mengizinkannya melakukan kerja berat kerana bimbang akan memberi tekanan dan masalah kepada tulang belakangnya nanti.

Susulan itu, Ajak berharap permohonan pertukaran sekolah yang dibuat isterinya pada kali ini diluluskan atas sebab yang dialami.

Menurut Ajak, luahan kekecewaan yang dibuat itu bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin memberitahu isterinya juga melalui proses permohonan sama tanpa sebarang bantuan ‘orang dalam’.

Katanya, dia pernah memujuk Nur Afifah berhenti kerja namun tidak dapat menghalangnya kerana itu merupakan minat isterinya.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article