Ular Masuk Rumah Bila Cuaca Panas, Ini Cara Selamat Untuk Halau

29 Mar 2026 • 9:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ular Masuk Rumah Bila Cuaca Panas, Ini Cara Selamat Untuk Halau

Apabila cuaca panas melampau, bukan manusia sahaja yang akan mencari air dan tempat yang lebih selesa, malah haiwan juga turut berbuat demikian untuk terus hidup.

Dalam keadaan suhu yang tinggi, kawasan semula jadi seperti paya, semak atau tempat lembap lain boleh menjadi kering, sekali gus memaksa haiwan keluar dari habitat asal mereka.

Situasi ini menyebabkan haiwan-haiwan mula bergerak mencari sumber air, tempat berteduh atau kawasan yang lebih sejuk.

Tidak hairanlah jika ada antara haiwan ini akhirnya tersasar hingga memasuki kawasan perumahan, termasuk ke dalam rumah tanpa disedari.

Keadaan ini pastinya menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai kerana kehadiran haiwan berbisa boleh mengancam keselamatan, terutama kepada kanak-kanak.

Tambahan pula, ramai yang tidak bersedia berdepan situasi sebegini dan tidak tahu cara untuk bertindak dengan betul.

Justeru, penting untuk kita mengetahui punca mengapa haiwan ini muncul ketika cuaca panas, serta langkah yang boleh diambil untuk menghalau mereka dengan selamat tanpa membahayakan diri sendiri atau orang sekeliling.

Hari ini, SK ingin kongsikan cara mudah menghalau ular dengan cuma menggunakan bahan semula jadi dan mudah didapati di rumah.

Untuk makluman pembaca, cara ini diambil daripada Public Health Malaysia di Facebook.

Baca juga:

Cara halau ular dengan selamat dan mudah

Semasa tempoh musim panas dan kering ini, dilaporkan banyak kejadian ular masuk masuk ke rumah.

Untuk mencegah kehadiran ular, pastikan rumah bebas dari longgokan barang yang redup dan gelap untuk ular bersembunyi.

Pastikan kawasan rumah bebas dari tikus yang boleh menjemput kehadiran pemangsa.

Ular mempunyai deria bau yang cukup sensitif, oleh itu ia tidak suka bau bauan yang kuat.

Sebagai langkah pencegahan, semburkan campuran minyak cengkih dan kulit kayu manis di keliling rumah, atau tempat yang pernah ular dilihat.

Membela kucing dan anjing juga boleh membantu kerana ia dapat mengurangkan populasi tikus dan ular secara semula jadi tidak suka kepada haiwan ini.

image is not available
Kredit: Public Health Malaysia