Al-Sultan Abdullah tinjau paras air Sungai Pahang susulan cuaca panas

LocalEnvironment
28 Mar 2026 • 8:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustata Billah Shah hari ini berkenan meninjau dari udara keadaan semasa paras air Sungai Pahang berikutan cuaca panas yang melanda negara ini.

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustata Billah Shah hari ini berkenan meninjau dari udara keadaan semasa paras air Sungai Pahang berikutan cuaca panas yang melanda negara ini.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda melakukan tinjauan itu ketika dalam perjalanan dari Bera ke Pekan.

"Musim panas yang melanda negara ketika ini menarik perhatian baginda tuanku untuk melihat sendiri paras air sungai bagi memastikan semua pihak dalam keadaan siap siaga demi kesejahteraan rakyat," menurut hantaran itu.

Sebelum ini, baginda turut menyeru rakyat agar meningkatkan langkah berjaga-jaga dan tidak melakukan pembakaran terbuka berikutan cuaca panas serta kering ketika ini.

Al-Sultan Abdullah juga menasihati rakyat agar sentiasa memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari dan mengambil langkah berjaga-jaga khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved