Ular sawa batik 120kg telan kambing berjaya ditangkap

26 Jan 2024 • 4:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ular sawa batik sepanjang 120kg berjaya ditangkap APM.

image is not available
Reptilia itu kelihatan kekenyangan selepas menelan seekor kambing dianggarkan seberat 25 kilogram. Foto APM

KUALA PILAH - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Pilah menangkap seekor ular sawa batik yang dianggarkan seberat 120 kilogram (kg) di Kampung Terentang, Batu Kikir, di sini pada Jumaat.

Pegawai APM, Kuala Pilah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kira-kira jam 12.12 tengah malam yang memaklumkan kemunculan reptilia itu berhampiran kandang kambing miliknya.

"Empat anggota dikerah ke lokasi untuk menangkap ular tersebut dan operasi menangkapnya mengambil masa kira-kira tiga minit.

"Reptilia itu kelihatan kekenyangan selepas menelan seekor kambing dianggarkan seberat 25 kilogram," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, kehadiran ular berkenaan disedari pemilik kambing yang sememangnya menjadikan haiwan ternakannya itu sebagai umpan selepas mendapati seekor kambingnya telah mati.

Ujarnya, ular itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.