Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu

9 Jul 2024 • 12:51 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

APM berjaya tangkap ular sawa 4 meter di rumah penduduk Taman Sri Pulutan, Manggatal

Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu. Seekor ular sawa batik yang besar berjaya ditangkap di sebuah rumah di Taman Sri Pulutan, Manggatal berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad.

Ular yang panjangnya empat meter itu dijumpai oleh tuan rumah dalam sangkar kucing peliharaan mereka.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten Aizex Junior memberitahu bahawa mereka menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah pada pukul 7.14 malam, menurut sumber.

image is not available
Ular Sawa Batik Sepanjang 4 Meter Ditemui Dalam Sangkar Kucing Di Kota Kinabalu

Beliau menerangkan bahawa apabila tiba di tempat kejadian, tuan rumah memberitahu ular itu berada di halaman rumah. Empat anggota APM yang berpakaian lengkap dengan peralatan pelindung diri (PPE) segera mencari ular tersebut.

Ular sawa yang seberat 50 kilogram itu akhirnya dijumpai dalam sangkar kucing di anjung belakang rumah. Ia berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dalam masa 40 minit.

Operasi penangkapan selesai kira-kira pukul 8 malam. Ular itu kemudiannya dibawa ke pejabat APM Kota Kinabalu sebelum dilepaskan di tempat yang selamat.

Baca juga artikel yang berkaitan: