'Ular sawa masuk kediaman kuarters saya pagi tadi'

LocalEnvironment
13 Feb 2025 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Maslan memegang ular sawa yang ditangkap oleh anggota APM di kuarters kerajaan pada Khamis.

image is not available
Sumber gambar daripada Facebook Ahmad Maslan pada Khamis.

SHAH ALAM - Kawasan kediaman kuarters kerajaan yang didiami Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dimasuki ular sawa pada pagi Khamis.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Pontian itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad berkata, bagaimanapun reptilia tersebut masih belum masuk ke dalam kediaman miliknya dan berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Ular sawa masuk kawasan kediaman kuarters kerajaan yang saya diami pagi ini.

**media[3006728]**

“Terima kasih Ryan, Azmi dan Ashraf dari APM yang menangkap (ular tersebut). Saya tolong pegang.

“Mujur belum masuk ke rumah lagi. Besar juga ularnya dari kawasan sekitar,” katanya pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipatuk ular sawa ketika hendak membuang air kediamannya di Apartment Prima Court, Saujana Melawati pada tengah hari Rabu.

Insiden tersebut berlaku ketika kanak-kanak terbabit membuka penutup mangkuk tandas untuk membuang air kecil sebelum dipatuk oleh ular berkenaan.