Ular sawa seberat 150kg terbelit tali ditangkap

25 Apr 2023 • 2:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
APM Mersing menangkap ular sawa seberat 150kg di sebuah chalet di Air Papan Mersing. - Foto APM Mersing

MERSING - Ular sawa seberat kira-kira 150 kilogram (kg) ditangkap di kawasan chalet di Air Papan Mersing, pada Isnin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing, Nurnajibah Abdullah Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) menerima panggilan jam 12.15 malam daripada pekerja chalet tersebut.

"Anggota kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap ular sawa yang terbelit pada tali itu.

“Ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor untuk tindakan seterusnya sebelum dilepaskan ke habitat asal,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved