Ular Sawa Seberat 150kg Ditangkap Di Mersing

25 Apr 2023 • 2:12 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota APM berjaya menangkap ular sepanjang enam meter itu. - Gambar ihsan APM

MERSING - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Mersing dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah malam (24 April) daripada pekerja sebuah chalet di Air Papan, di sini.

Menurut APM, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati seekor ular sepanjang enam meter sedang membelit seutas tali di kawasan chalet berkenaan.

“Ular itu berjaya ditangkap oleh lima orang anggota bertugas dan kemudiannya dibawa ke PKOD untuk simpanan sementara.

“Ular berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daerah Mersing hari ini untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu. - Bernama