Ular Tedung Melintas Depan Mata Di Ruang Tamu, Budak Trauma Terus Panggil Ibu

10 Aug 2023 • 5:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Budak trauma ular melintas depan mata di dalam rumah

Ular Tedung Melintas Depan Mata Di Ruang Tamu, Budak Trauma Terus Panggil Ibu. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas apabila melihat seekor ular tedung hitam berada di bawah kakinya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Puchong, Selangor pada Rabu.

Menurut sumber, budak lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas begnya sebelum menjerit ketakutan sebaik sahaja menyedari kewujudan ular itu. Susulan itu, dia kemudiannya terus bangun lalu memanggil ibunya yang berada di dapur.

Menerusi perkongsian di media sosial itu, video yang berdurasi 27 saat itu meraih lebih 5,000 jumlah tontonan setakat ini.

image is not available
Sumber: majoriti

Tidak mengalami kecederaan, tapi trauma dengan kejadian itu

Sementara itu, ibu kanak-kanak lelaki tersebut menyatakan bahawa anaknya tidak mengalami kecederaan, namun trauma dengan kejadian yang melandanya.

Difahamkan, kedua-dua anak dan ibu takut untuk menghalau ular tersebut, mereka terpaksa menunggu suaminya pulang ke rumah untuk menangkap ular itu.

image is not available
Sumber: majoriti

Ditangkap dan dibakar di halaman rumah

Dalam pada itu, ular berkenaan merupakan sejenis baka tedung hitam dan suaminya telah membakar haiwan tersebut di halaman rumahnya.

Selain itu, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut. Bukan itu sahaja, orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dan memantau keselamatan anak-anak di rumah.

Baca juga artikel yang berkaitan: