Gara-gara Terlalu Fokus Tengok Telefon Bimbit, Wanita Tak Sedar Rupanya Eskalator Berhenti

Entertainment
5 Aug 2023 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sesibuk mana pun kita, namun kita dinasihatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau ketika berjalan kerana apabila mata kita tidak memandang ke depan, ia boleh menyebabkan kemalangan.

Seorang wanita di Filipina pula telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial apabila dia tidak sedar bahawa eskalator yang dinaikinya telah berhenti gara-gara dirinya yang terlalu fokus melihat skrin telefon bimbitnya.

image is not available

Gelagat wanita itu telah sempat dirakam oleh orang awam yang turut berada di kawasan itu sebelum video tersebut dikongsikan di media sosial.

image is not available

Dapat dilihat, orang awam di sekitar wanita itu yang turut menaiki eskalator itu telah bergerak ke atas secara manual kerana tangga bergerak itu telah berhenti berfungsi, namun wanita itu pula tetap berdiri di atas eskalator sambil memegang telefon.

Gelagat wanita itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Walaupun ramai yang terhibur dengan wanita itu, namun tak kurang juga ada yang berpendapat bahawa tindakan wanita itu yang tidak endah dengan keadaan sekeliling boleh menyusahkan orang lain.

image is not available

image is not available

Cuma pelik jugak lah, kenapa orang yang lalu lalang di tepi wanita tu tak tegur dan beritahu dia bahawa eskalator tu dah berhenti? Kesian dia tunggu nak naik atas tapi tak sampai-sampai.

Sumber: Facebook

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.