Apple telah menjadikan telefon pintar asas mereka iaitu iPhone 16 semakin Pro berbanding iPhone 15. Malah tahap Pro yang diberikan pada hemat saya adalah lebih hebat berbanding iPhone 16 Pro Max. Ini menjadikan sesiapa yang menaiktaraf iPhone lama ke iPhone 16 lebih berbaloi. Persoalannya, adakah anda memerlukan kemampuan rakaman video spatial, penggunaan Action Button, Camera Control dan pilihan warna baharu?

SPESIFIKASI DAN REKAAN
Apple iPhone 16 Skrin 6.1″ OLED, 2556 x 1179 (460 PPI)
60Hz, 2000 nits, Dolby Vision,CPU/GPU A18 (3nm)
CPU
6‑Teras, 2+4
GPU
5‑Teras
NPU
16-TerasMemori 8GB RAM Storan
128/256/512 GBKamera Belakang 48MP Fusion, ƒ/1.6, sensor‑shift, 2x Telephoto
12MP Sudut Ultra Lebar, ƒ/2.2, 4x Zum OptikalKamera Hadapan 12MP ƒ/1.9
TrueDepthAudio Speaker stereo Biometri Face ID Perlindungan IP68 Bateri 3,561mAh
Berwayar 27W
MagSafe 25W
Qi2 15WHarga 128GB – RM3999
256GB – RM4499
512GB – RM5499

Hanya dengan iPhone 16 ini anda boleh tunjukkan anda menggunakan iPhone baharu kerana rekaan kamera menegak berbanding iPhone 15 ke bawah yang serong dan iPhone 16 Pro Max yang masih kelihatan lebih kurang sama dengan generasi lama.

Secara keseluruhan, iPhone 16 ini masih kelihatan seakan iPhone yang sama. Cuma kerana susunan kamera dan kehadiran dua butang baharu iaitu Action Button dan Camera Control membuatkan iPhone 16 ini nampak ada sedikit kelainan. Warna Ultramarine Blue yang saya gunakan ini juga masih kelihatan cantik dan sedap mata memandang walaupun pada awalnya saya ingatkan warna ini akan membuatkan saya cepat rasa bosan.

Dengan ketiadaan model Mini lagi, iPhone 16 secara tidak langsung menjadi iPhone baharu dengan saiz paling kecil. Ia tidak lagi mempunyai skrin yang sama dengan iPhone 16 Pro yang kini menjadi sedikit lebih besar.
PENGGUNAAN – Skrin, iOS 18/iOS 18.1, Apple Intelligence
Untuk skrin, panel OLED bersaiz 6.1-inci dengan HDR10+ dan Dolby Vision ini sudah hampir setaraf dengan skrin peranti mercu lebih premium. Skrin cukup cantik dan terang untuk tidak kira apa juga penggunaan. Tontonan filem di Netflix, melihat gambar di Instagram, menyunting video – semuanya sesuai. Cuma yang saya tidak suka adalah paparan imej HDR dengan kecerahan dinamik, di mana bahagian terdedah dengan cahaya menjadi lebih terang berbanding bahagian lain dalam imej yang sama.

Ya, iPhone 16 masih tidak menggunakan teknologi LTPO dan terhad kepada 60Hz kadar segar semula paling maksima. Apple kemudiannya menjadikan animasi iOS 18 lebih pantas dan lancar yang memberi ilusi 60Hz pada iPhone ini lebih pantas berbanding generasi sebelum

Sepanjang penggunaan iPhone 16 ini untuk beberapa minggu, saya dapati yang iOS 18 adalah sangat kosong dan tidak banyak perkara baharu. Apa yang saya boleh simpulkan adalah iOS 18 kini menjadi lebih Android dengan kemampuan kustomasi yang lebih mendalam. Misalnya ikon-ikon yang lebih berwarna, perubahan saiz dan lokasi ikon yang boleh diletakkan di mana-mana. Perubahan lain tidak begitu ketara dan banyak yang tiada di Malaysia.

Disebabkan itu, saya memasang iOS 18.1 Public Beta untuk menguji kemampuan Apple Intelligence serta ciri baharu yang boleh memanfaatkan cip A18 pada iPhone 16. Saya memilih Public Beta kerana selepas mengujinya di dalam iPhone 15 Plus, saya yakin yang ianya selamat untuk penggunaan harian. Walaupun masih dalam peringkat ujian, saya boleh katakan yang integrasi teknologi kecerdasan buatan Apple ke dalam iOS adalah lebih sempurna berbanding apa yang Samsung atau Google lakukan pada peranti Galaxy dan Pixel mereka.

Pertama, penjanaan teks melalui Writing Tools hanyalah semudah menaip – pilih teks – tekan alat AI dan pilih melalui ikon-ikon mudah faham seperti Proofread, Rewrite, Friendly atau turut boleh ditulis semula dalam format perenggan, senarai, dan banyak lagi. Kebanyakan aplikasi dengan ruangan menaip boleh memanfaatkan ciri ini. Ciri seterusnya yang paling saya hargai adalah rumusan notifikasi yang lebih ringkas berbanding Scheduled Summary. Notifikasi yang banyak dari aplikasi sama akan dikumpulkan dan dirumuskan dengan ayat satu baris untuk mudah tahu tahap kepentingannya.

Saya turut kerap menggunakan ciri mencipta Memories dalam aplikasi Photos yang ada animasi unik seakan filem sains fiksyen. Selain turut kerap cuba menggunakan Clean up untuk membuang objek asing dalam gambar dengan AI. Siri dengan animasi baharu turut lebih seronok digunakan kerana menjadi lebih interaktif, lagi-lagi dengan prestasi lebih pantas – cuma ia masih dungu dan tidak boleh memproses soalan rumit.

Apa yang saya boleh katakan dengan iOS 18 ini adalah, jika anda sudah lama tidak menggunakan iPhone dan iPhone adalah peranti kedua – iOS 18 dan ke atas pasti memberi pengalaman penggunaan yang lebih segar. Anda lihat sahaja dalam tetapan sistem pun lebih teratur. Saya boleh katakan jika saya tidak kerap menguruskan fail, iOS 18 adalah sistem operasi telefon pintar yang hampir sempurna.

iPhone 16 turut hadir dengan kemampuan sambungan Internet lebih stabil. Tidak kira WiFi, 4G atau 5G, di kawasan rumah saya yang sambungan kerap bermasalah – iPhone 16 masih menerima rangkaian yang mencukupi untuk penstriman video. Penggunaan GPS juga lebih baik, dengan arahan selok-belok yang tepat serta boleh mengunci lokasi dengan cepat. Panggilan telefon dengan mikrofon berkualiti studio pun sudah seakan menjawab dengan mikrofon pada fon telinga.

GAMING – Penanda Aras A18, Permainan Konsol
A18 adalah cip baharu dan iPhone 16 tidak menggunakan cip A17 Pro pada iPhone 15 Pro seperti iPhone 15 menggunakan cip iPhone 14 Pro. Ini mungkin kerana Apple tidak ingin menggunakan terma Pro pada iPhone kelas biasa. Walaupun begitu, kemampuan cip ini sudah benar-benar Pro. Dengan memori 8GB RAM, pengurusan memori iOS yang sudah cukup pintar dan efisien ini menjadikan iPhone lebih hebat.
Berikut ialah markah penanda aras Apple A18 apabila dibandingkan dengan beberapa cip mercu lain seperti A18 Pro, Dimensity 9400 dan Snapdragon 8 Gen 3.
Geekbench 6
- Apple A18 – 3143/7659
- Apple A18 Pro – 3359/8129
- MediaTek Dimensity 9400 – 2663 / 8959
- Apple A17 Pro – 2793/6925
- Tensor G4 – 1916/4644
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2329/7526
- Apple A16 Bionic – 2634/6761
- MediaTek Dimensity 9300 – 2071/5032
Geekbench AI
- Apple A18 – 3987 / 7059 / 5507
- Apple A18 Pro – 4516/7744/6204
- MediaTek Dimensity 9400 – N/A
- Apple A17 Pro – 3705 / 6515 / 5696
- Tensor G4 – 2058 / 2017 / 3129
- Snapdragon 8 Gen 3 – 1704 / 1829/ 2773
- Apple A16 Bionic – 3514 / 6128 / 5344
- Snapdragon 8 Gen 2 – 1642 / 1674 / 2474
- MediaTek Dimensity 9300 – N/A
AnTuTu 3D
- Apple A18 – 1,537,278
- Apple A18 Pro – 1,720,751
- MediaTek Dimensity 9400 – 2,629,017
- Apple A17 Pro – 1,542,050
- Tensor G4 – 1,016,712
- Snapdragon 8 Gen 3 – 2,200,000
- Apple A16 Bionic – 1,457,779
- MediaTek Dimensity 9300 – 1,852,552
3DMark Wild Life Extreme
- Apple A18 – 3698
- Apple A18 Pro – 4560
- MediaTek Dimensity 9400 – 6251
- Apple A17 Pro – 3746
- Tensor G4 – 2567
- Snapdragon 8 Gen 3 – 4717
- Apple A16 Bionic – 3355
- MediaTek Dimensity 9300 – 4067

Lihat sahaja skor penanda aras ini, ia seakan cip peranti mercu yang perantinya dijual pada harga atas RM5000 sedangkan iPhone 16 ini bermula pada bawah RM4000. Cip berkuasa ini turut mampu memproses pelbagai tugasan AI dan kebanyakan ciri AI oleh Apple nanti akan diproses dari dalam peranti. Cuma saya harapkan kelak akan ada banyak aplikasi pihak ketiga boleh memanfaatkan cip A18 dan iPhone 16 untuk ciri AI semuanya diproses secara luar talian.

Ini adalah iPhone 16 dengan cip A18 yang cukup Pro. Walaupun iPhone ini bukan harga Pro dan cipnya tiada nama Pro, permainan kelas AAA masih disokong. Anda mahukan Resident Evil 4 atau Stray? Jika anda meminati Hideo Kojima, permainan Death Strading pun disokong pada iPhone 16. Cuma permainan bertaraf konsol ini akan mempunyai grafik kelas permua dengan kawalan yang rasa sedikit aneh dan janggal.
KAMERA – Camera Control
Wakil Apple tidak mahu mengaku yang Camera Control ini adalah butang. Dalam ulasan ini, saya akan panggilnya butang sahaja. Ya, ia memang butang dengan komponen yang boleh ditekan. Selain ditekan, ia turut mengesan sentuhan untuk kawalan gestur lungsur serta kawalan tekan perlahan dan tahan. Seminggu pertama penggunaan rasa sangat janggal, minggu kedua barulah saya terbiasa. Saya benar-benar memanfaatkan Camera Control ini. Hasil gambarnya adalah seperti berikut.

Walaupun hanya mempunyai dua sensor utama, kamera iPhone 16 kelihatan sangat sedap mata memandang. Kualiti dan profil warna masih konsisten dengan butiran berjaya dipelihara dengan baik. Keunikannya adalah, bermula iPhone 16 – pengenalan Tones dan Styles membuatkan setiap pengguna kini mempunyai kualiti dan hasil gambar yang lebih tersendiri. Setiap tangkapan akan mempunyai personaliti dan cerita yang lebih peribadi.














Untuk video, sudah semestinya iPhone masih lagi raja rakaman video. Tidak dinafikan yang Xiaomi 14 Ultra, Pixel 9 Pro XL dan Samsung Galaxy S24 Ultra sudah mampu merakam video berkualiti. Namun untuk kualiti yang konsisten, format mudah sunting, hasil rakaman yang sukar untuk ada kesan artifak – iPhone 16 masih lagi layak dinobatkan sebagai juara.
BATERI – Qi2 25W, Wayar 20W
Ketahanan bateri dan proses pengecasan iPhone 16 yang dijual pada harga bermula RM3,999 ini membuatkan saya marah dengan Google Pixel 9 Pro XL yang saya beli pada harga lebih RM6000. Bagaimana iPhone 16 dengan bateri sekitar 3500mAh ini mempunyai ketahanan yang lebih lama, iaitu mencapai 1 hari setengah? Ini adalah untuk penggunaan ringan dengan penggunaan lebih berat memberi ketahanan sekitar 7 jam.

Bukan itu sahaja, apabila saya menggunakan pengecas GaN 100W – iPhone 16 saya dicas dalam kadar yang sangat pantas iaitu sekitar 1 jam tepat berbanding Pixel 9 Pro XL yang kadangkala mengambil masa lebih 1 jam 30 minit. Tidak lupa juga yang pengecasan nirwayar iPhone 16 menyokong Qi2 15W dan MagSafe pula sehingga 25W. Apple yang saya kenal sekarang tidak lagi kedekut seperti Apple yang saya kenal dahulu.
PESAING
iPhone 16 Samsung Galaxy S24 Google Pixel 9 6.1″ OLED, 2556 x 1179 (460 PPI)
60Hz, 2000 nits, Dolby Vision, Dynamic Island6.2″ Dynamic LTPO AMOLED 2X, 1080 x 2340, 120Hz,
HDR10+, 4500 nits6.3″ OLED Actua display, 1080 x 2424, 120Hz,
HDR10+, 2700 nits (peak)A18 (3nm)
CPU
6‑Teras, 2+4
GPU, NPU
5‑Teras, 16-TerasExynos 2400 (4nm)
CPU
1x 3.2GHz Cortex-X4
2x 2.9GHz Cortex-A720
3x 2.6GHz Cortex-A720
4x 1.95GHz Cortex-A520
GPU
Xclipse 940Google Tensor G4 (4nm)
CPU
1x 3.1 GHz Cortex-X4
3x 2.6 GHz Cortex-A720
4x 1.92 GHz Cortex-A520
GPU
Mali-G715 MC78GB RAM
128/256/512 GB12GB LPDDR5X
8GB Maya
256/512 GB UFS 4.012 GB LPDDR5
128/256 GB UFS 3.1Kamera Utama Apple Fusion
48MP Fusion, ƒ/1.6, (Sudut Lebar), sensor‑shift, 2x Telefoto
12MP, ƒ/2.2, (Sudut Ultra Lebar), 4x Zum Optikal,
Kamera Swafoto
12MP, ƒ/1.9, TrueDepthKamera Utama
50MP, f/1.8, (Sudut Lebar), OIS
10MP, f/2.4, (Telefoto), OIS, 3x Zum Optikal
12MP, f/2.2, (Sudut Ultra Lebar)
Kamera Swafoto
12MP, ƒ/2.2Kamera Utama
50MP Octa PD, ƒ/1.68, (Sudut Lebar), Super Res Zoom 8x
48MP Quad PD, ƒ/1.7, (Sudut Ultra Lebar)
8MP, f/2.2
Kamera Swafoto
10.5MP, f/2.2IP68 IP68 IP68 Audio Stereo Audio Stereo Audio Stereo 3,561mAh
Berwayar mencapai 45W
MagSafe 25W4000mAh
25W, Wayar
15W, Nirwayar4700mAh
27W, Wayar
15W, Nirwayar128GB – RM3999
256GB – RM4499
512GB – RM5499256GB – RM4099
512GB – RM4599
128GB – RM3,999
256GB – RM4,499
DALAM KOTAK
Berikut ialah apa yang disertakan dengan setiap pembelian iPhone 16 di Malaysia. Tahun ini adalah unik kerana pelekat Apple tidak lagi diberikan tahun ini.
- Apple iPhone 16
- Kabel pengecas 1m USB-C ke USB-C
- Manual

KESIMPULAN
Jika anda masih menggunakan iPhone 13 dan ke bawah, ya iPhone 16 ini berbaloi. Sementara jika anda menggunakan iPhone 14 ia hanya berbaloi jika anda mahukan USB-C. Jika anda masih bersama dengna iPhone 15, mohon jangan berhutang hanya kerana dua butang baharu ini. iPhone 16 tidak dinafikan adalah iPhone yang menarik, rekaan yang segar, prestasi yang dahsyat, kamera tahap Pro dengan sokongan menyunting audio, serta ciri AI yang hebat.

Disebabkan harga jualan iPhone 16 adalah semakin murah berbanding tahun lepas, saya amat sarankan anda memilih model ini jika anda mahu mencuba ciri baharu. Namun jika anda masih ingin berjimat, iPhone 15 Pro baharu stok lama mungkin masih dijual – tetapi percayalah – lebih baik anda teruskan sahaja memberi iPhone 16 Pro. Apa pula peranti Android yang setanding, sudah semestinya Google Pixel 9. Namun jika anda ingin berjimat dan mahukan peranti berkuasa dan sistem kamera hebat – Xiaomi 14T dijual pada harga bermula RM1899 yang pasti sudah memadai untuk majoriti pengguna.
PRO & Kelebihan
- Rekaan baharu yang lebih segar.
- Cip baharu yang berkuasa, pantas dan lancar.
- Sistem kamera yang berkualiti untuk video dan foto.
- Action Button dan Camera Control yang berguna.
- Bateri sangat tahan lama.
- Skrin yang berkualiti.
KONTRA & Kekurangan
- Skrin masih terhad 60Hz.
- Masih banyak ciri menarik terhad kepada model Pro.
- Ciri baharu banyak dalam peringkat ujian Beta.
- Pengecasan masih perlahan 27W.



